Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Sedang Merancang “Sesuatu Yang Besar” Untuk Disney+

Semasa di San Diego Comic-Con yang lalu, Marvel Studios bukan sahaja mendedahkan filem-filem fasa 5 Marvel Cinematic Universe, mereka turut mengumumkan beberapa siri televisyen yang akan dibangunkan untuk platform penstriman video Disney+.

Antara siri televisyen yang bakal dihasilkan adalah WandaVision dan Loki. Dalam perkembangan terbaru, terdapat desas-desus mengatakan terdapat beberapa lagi siri televisyen (selain yang diumumkan) sedang dirancang oleh Marvel Studios untuk platform Disney+.

Menurut sumber yang mendedahkan maklumat kepada MCUCosmic, Ms. Marvel antara karakter yang menjadi keutamaan untuk perkhidmatan streaming yang masa akan datang. Selain itu juga, pihak studio dikatakan mempunyai perancangan untuk hasilkan siri “The Hulk” serta beberapa karakter lain seperti Moon Knight, Nova, Power Pack, dan X-Factor Investigations.

Apa yang dikhabarkan setakat ini peminat boleh menganggapnya sebagai spekulasi, namun jika Marvel Studios benar-benar serius ingin membawa lebih banyak karakter Marvel ke Disney+, ia mungkin sesuatu yang baik kerana akan mengembangkan lagi dunia Marvel serta mengisi ruang masa diantara filem-filem.

Apapun, kita nantikan perkembangan lanjut dari Marvel Studios mengenai perancangan mereka untuk membawa lebih banyak karakter ke layar perak atau skrin kecil semasa D23 Expo akan datang.

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee