Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Sedang Bangunkan Projek Melibatkan Karakter The Defenders?

Apabila Netflix membatalkan siri televisyen Marvel, ramai peminat merasa kecewa dan hairan memandangkan siri-siri Marvel dibawah Netflix diberikan rating dan kredit yang cukup positif. Kemudian, tersebar laporan media yang mengatakan bahawa punca pembatalan kesemua siri Marvel adalah disebabkan Netflix ingin memulangkan semua karakter Marvel kepada pemilik asalnya, iaitu Marvel Studios.

Namun, pihak Marvel terpaksa menunggu tempoh bertenang iaitu selama dua tahun sebelum mereka dapat menggunakan semula karakter Marvel Netflix. Ini bermakna, karakter seperti Iron Fist dan Daredevil dimana siri mereka dibatalkan pada tahun 2018, akan dapat digunakan semula oleh Marvel pada penghujung tahun ini.

Advertising

Sehubungan dengan itu, terdapat desas-desus mengatakan bahawa pihak Marvel sedang bersedia untuk memulakan projek terbaru melibatkan karakter-karakter dari siri Netflix Defenders seperti Iron Fist dan Daredevil. Khabar angin terbaru ini didedahkan oleh laman hiburan Marvel Cosmic.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Marvel akan mengekalkan pelakon asal. Tetapi berdasarkan artikel yang kami pernah kongsikan dahulu, terdapat ‘individu penting’ dalam Marvel Studios yang berminat untuk mengekalkan Krysten Ritter dan Charlie Cox sebagai Jessica Jones dan Daredevil.

Apapun kita nantikan perkembangan lanjut dari Marvel Studios. Cuma diharapkan, pihak studio dapat membawa masuk karakter-karakter Marvel Netflix ke dalam MCU secepat mungkin, dan jika boleh pelakon-pelakon asal dapat dikekalkan disebabkan prestasi baik yang ditunjukkan mereka dalam siri-siri Marvel Netflix.

Advertising

Related posts

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

George Clooney & Julia Roberts Kembali Bergandingan Dalam Filem Rom-Com “Ticket to Paradise”

Kakimuvee

Pengarah Christopher McQuarrie Kongsi Gambar Terbaru “Mission: Impossible 7”

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman