Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Sedang Bangunkan 31 Projek Terbaru MCU

Dalam wawancara baru-baru ini dengan stesen radio Argentina 221 Radio, penerbit Marvel Studios, Victoria Alonso, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai Presiden Fizikal, Pengeluaran Pasca, VFX & Animasi studio, telah membincangkan masa depan Marvel Cinematic Universe (MCU) yang semakin berkembang. 

Alonso mengesahkan bahawa studio blockbuster itu kini mempunyai 31 projek MCU yang sedang dalam pembangunan. Tidak jelas sama ada jumlah tersebut berkaitan dengan projek yang belum diumumkan atau jika jumlah itu juga merangkumi projek yang disahkan sebelumnya seperti filem Blade dan Fantastic Four.

Walaupun tertangguh selama setahun disebabkan wabak yang terus berlanjutan, Marvel Studios masih berjaya memulakan Fasa 4 mereka dengan begitu hebat sekali. Setakat ini, syarikat tersebut telah melancarkan empat siri Disney+ dan dua filem, yang mana kesemuanya diterima baik oleh pengkritik dan peminat.

Marvel Studios masih memiliki tiga lagi rancangan yang akan dilancarkan pada tahun ini, termasuklah siri Disney+ Hawkeye, filem arahan Chloe Zhao, Eternals dan filem kerjasama dengan Sony Pictures,  Spider-Man: No Way Home lakonan Tom Holland dan Benedict Cumberbatch.

Untuk projek lain yang telah disahkan oleh Marvel Studios, anda boleh melihatnya di bawah berserta tarikh dan status pelancaran mereka:

SIRI

  • Ms. Marvel – 2022 (pasca-produksi)
  • Moon Knight – 2022 (sedang menjalani penggambaran)
  • She-Hulk – 2022 (sedang menjalani penggambaran)
  • Secret Invasion – 2022 (Pra-produksi)
  • The Guardians of the Galaxy Holiday Special – Disember 2022
  • Ironheart – TBA
  • Armor Wars – TBA
  • Loki Season 2 – TBA
  • What If…? Season 2 – TBA

FILEM

  • Doctor Strange in the Multiverse of Madness – 25 Mac 2022 (pasca-produksi)
  • Thor: Love and Thunder – 6 Mei 2022 (pasca-produksi)
  • Black Panther: Wakanda Forever – 8 Julai 2022 (sedang menjalani penggambaran)
  • The Marvels – 11 November 2022 (sedang menjalani penggambaran)
  • Ant-Man and the Wasp: Quantumania – 17 Februari 2023 (sedang menjalani penggambaran)
  • Guardians of the Galaxy Vol. 3 – 5 Mei 2023 (Pra-produksi)
  • Fantastic Four – TBA
  • Blade – TBA
  • Deadpool 3 – TBA

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment