Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Sasarkan 2022 Tayangan Filem Reboot Fantastic Four??


Marvel Studios menerusi ‘bos’ besarnya, Kevin Feige sebelum ini memberitahu bahawa filem-filem X-Men dan Fantastic Four mungkin tidak akan dimasukkan didalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun ini. Tetapi, terdapat khabar angin yang mendedahkan bahawa beberapa karakter Marvel milik Fox mungkin akan menyertai keluarga MCU lebih awal dari dijangka.

Menurut laporan dari laman GWWmereka ‘mendengar’ ura-ura yang mengatakan Marvel Studios sedang mengintai tahun 2022 sebagai tarikh tayangan filem reboot Fantastic Four. 

Selain itu juga, bekas pengarah filem Ant-Man, Peyton Reed turut dikatakan sedang berkempen untuk mengarahkan projek filem reboot itu. Reed sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya itu mengarahkan filem Fantastic Four.

Buat masa ini, artikel dari laman web GWW itu kita boleh anggapnya sebagai khabar angin sahaja. Bagaimanapun, jika Marvel Studios benar-benar ingin menghasilkan Fantastic Four dalam masa terdekat ini, kita nantikan sahaja pengumuman Kevin Feige semasa konvensyen comic-con yang bakal berlangsung di San Diego pada bulan Julai nanti.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee