Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Mencari Pengganti Hailee Steinfeld Untuk Watak Kate Bishop?

Marvel Studios dilaporkan telah memulakan pencarian pelakon untuk watak Kate Bishop. Menurut MCU Cosmic, bintang Bumblebee Hailee Steinfeld masih lagi menjadi pilihan utama pihak studio, tetapi isu tawaran Apple TV terhadap pelakon tersebut boleh menutup pintu buat Steinfeld untuk muncul dalam siri televisyen Hawkeye. 

Sehubungan dengan itu, Marvel Studios dikhabarkan telah bertemu dengan beberapa pelakon untuk watak utama itu.

Tiada nama yang dinyatakan, tetapi pelakon-pelakon tersebut pernah membintangi filem, dan salah seorang daripadanya pernah berlakon dalam filem sains fiksyen fantasi berbudget besar yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu. Lebih menarik, pelakon-pelakon yang ditemui pihak studio itu langsung tidak pernah dicadangkan para peminat komik untuk watak Kate Bishop.

Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan Hawkeye telah ditangguhkan, kerja-kerja produksi dijangka akan bermula tidak lama lagi. Tambahan pula, tiada perubahan tarikh tayangan menunjukkan, Hawkeye masih lagi dalam jadual tayangan yang telah ditetapkan Marvel Studios.

Hawkeye dijadualkan tayangannya di Disney+ pada musim luruh 2021

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment