Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Mempunyai Perancangan Berbeza Untuk Karakter Villain Doctor Doom


Doctor Doom merupakan salah satu karakter ‘villain’ paling hebat dalam dunia komik Marvel, tetapi wataknya disia-siakan begitu sahaja dalam tiga filem yang berbeza.

Selepas Disney berjaya membeli Fox dan memulangkan karakter-karakter Marvel kepada Marvel Studios, perhatian peminat kini tertumpu kepada studio terbabit untuk melihat bagaimana cara mereka memperkenalkan karakter Victor Von Doom di layar perak.

Khabar angin terbaru mungkin memberikan sedikit berita gembira kepada peminat – peminat filem Marvel. Kevin Feige dan Marvel Studios dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan Doctor Doom dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), tetapi dengan cara yang sedikit berbeza.

Menurut laporan MCU Cosmic, Doctor Doom mungkin tidak akan diperkenalkan sebagai ‘villain’ dalam filem Fantastic Four akan datang sepertimana yang dilakukan oleh Fox dalam tiga filem terdahulu, sebaliknya mungkin sebagai karakter biasa.

Selain itu juga, pihak studio turut mempertimbangkan satu lagi idea, iaitu dengan cara memberikan Doctor Doom sebuah rancangan bersiri di Disney+ terlebih dahulu, sebelum karakter tersebut muncul sebagai ‘villain’ dalam filem sekuel Fantastic Four. 


Fantastic Four memiliki banyak ‘villain’ yang berpotensi untuk menjadi musuh dalam filem pertama mereka. Sebagai contoh, Annihilus, Kang, Mole Man, malah Galactus boleh dijadikan calon ‘villain’ dalam filem akan datang sebelum Doctor Doom kembali ke layar perak sebagai musuh utama kepada kumpulan superhero yang diketuai oleh Reed Richards itu


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee