Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Memiliki 7000 Karakter Marvel

Avengers and Spider-Man Character

Walaupun Marvel tidak memiliki hak terhadap karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four, mereka masih mampu untuk menggunakan karakter yang sedia ada untuk dijadikan sebagai filem atau rancangan televisyen.

Menurut laman web Screenrant.com, sejak bertahun yang lalu, Marvel telah memiliki kembali beberapa karakternya yang sebelum ini dijual pada beberapa studio. Cuma buat masa ini karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four masih belum dapat dimiliki kembali oleh Marvel. Begitu juga karakter-karakter Spider-Man yang dimiliki oleh pihak Sony.

Meskipun kekurangan karakter-karakter utama, Marvel masih mampu menghasilkan sebuah filem superhero yang diminati peminat-peminat filem masakini. Malah perjanjian diantara kedua-dua syarikat filem tersebut berjaya merealisasikan kemunculan watak Spider-Man dalam dunia MCU (Marvel Cinematic Universe).

Laman web Screnrant.com juga melaporkan Marvel kini memiliki hak terhadap 7000 karakter-karakter Marvel. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh CEO Disney, Bob Iger.

Masih terdapat banyak karakter-karakter utama Marvel yang belum diperkenalkan di layar perak mahupun dalam siri televisyen. Blade, Moon Knight, She-Hulk, Ms. Marvel, Adam Warlock antara karakter utama yang bila-bila masa sahaja boleh digunakan oleh Marvel Studios untuk diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe. Walaupun usaha untuk mendapatkan karakter-karkater X-Men dan Fantastic Four dari Fox tampak samar dan membeli hak karakter-karakter dalam Spider-verse milik Sony nampak mustahil, Marvel Studio masih mempunyai banyak pilihan karakter untuk mereka perkenalkan dalam filem mahupun siri televisyen.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment