Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSiri TV

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Disney telah mendedahkan trailer, poster dan tarikh tayangan She-Hulk untuk siri Disney+ Hotstar yang akan datang. Siri tersebut, yang kini memiliki tajuk rasmi, She-Hulk: Attorney at Law, akan ditayangkan mulai 17 Ogos 2022.

Anda boleh tonton trailer She-Hulk: Attorney at Law dibawah:


Digambarkan sebagai perundangan komedi, siri She Hulk: Attorney at Law ini akan diterajui pemenang Emmy dan Golden Globe, Tatiana Maslany yang akan memainkan watak utama sebagai Jennifer Walters. Dia akan disertai bintang Avengers: Endgame, Mark Ruffalo, bintang Doctor Strange, Benedict Wong dan menampilkan kepulangan kepulangan vetera The Incredible Hulk, Tim Roth, yang meneruskan peranannya sebagai Abomination.

Barisan pelakon lain terdiri daripada Jameela Jamil, Ginger Gonzaga, Renée Elise Goldsberry, dan Josh Segarra, dengan Megan Thee Stallion dikhabarkan akan muncul dalam siri ini.

She-Hulk pertama kali diperkenalkan dalam Marvel Comic “Savage She-Hulk” #1 pada 1980, dicipta oleh penulis Stan Lee dan artis oleh John Buscema. Alter egonya adalah Jennifer Walters, sepupu kepada Bruce Banner/Hulk, yang telah menerima darah dari Bruce selepas ditembak, mengakibatkan dia memiliki kebolehan untuk bertukar menjadi Jadi Giant, sama seperti sepupunya. 

Jessica Gao, penulis episod “Pickle Rick” dalam musim ketiga Rick and Morty, mengetuai barisan pelakon She-Hulk, manakala Kat Cairo (Brooklyn Nine-Nine, Dead to Me) dan Anu Valia sebagai pengarah serta penerbit ekskutif. 

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment