Khabar angin yang menarik untuk peminat filem-filem Marvel. Berdasarkan dari sumber yang boleh dipercayai, Marvel Studios dilaporkan sedang mencari pelakon untuk membawakan peranan yang dikaitkan dengan karakter Namor, The Sub-Mariner
Menurut laporan dariĀ Comicbookmovie.com,Ā watak tersebut diberi kod nama “David” oleh Marvel Studios dan digambarkan sebagai seorang raja dari kerajaan kuno yang telah hilang. Selain itu juga, pihak studio turut menetapkan ciri-ciri pelakon untuk watak itu, salah satunya hendaklah berketurunan etnik Asia.
Berdasarkan dari gambaran dan ciri-ciri yang dikehendaki oleh Marvel Studios, berkemungkinan besar watak tersebut adalah Namor memandangkan adiwira tersebut merupakan raja kerajaan Atlantis yang telah hilang, dan peminat sering mahukan pelakon dari etnik lain terutamannya dari Asia bagi membawa watak pemerintah Altantis itu.
Jika khabar angin ini tepat, Marvel Studios dilihat mahu watak ini muncul di peringkat pra-produksi, dan membuat penampilan dalam salah satu filem fasa 4 MCU, seperti The EternalsĀ atau Doctor Strange in the Multiverse of Madness.
Apapun kita nantikan perkembangan mengenai watak Namor dimasa akan datang. Tapi sebelum itu, kongsikan pendapat anda mengenai pelakon yang sesuai untuk bawakan watak “The Sub-Mariner” ini. Ada yang kata Henry Golding pelakon yang sesua? kongsikan pendapat anda.