Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”


Menjelang tayangannya pada Julai ini, Marvel Studios telah melancarkan poster karakter Black Widow, menampilkan watak-watak utama seperti Natasha Romanoff lakonan Scarlett Johansonn dan penjahat utama, Taskmaster. Anda boleh lihat poster-poster tersebut dibawah. 

Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Filem pertama dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe ini akan ditayangkan di pawagam dan Disney+ mulai 9 Julai 2021.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee