
Setelah lama tidak melihat kandungan promosi Black Widow, Marvel Studios memberi kejutan kepada peminat dengan melancarkan trailer terbaru yang memaparkan banyak rakaman terbaru yang tidak pernah dilihat peminat.
Dalam trailer tersebut, watak penjahat utama Taskmaster diberi perhatian penuh, memaparkan pratonton pertarungan hebat dengan Natasha Romanoff serta kaitannya dengan Dreykov lakona Ray Winston. Watak muda Natasha juga turut dipaparkan, melalui rambut merah yang menjadi tanda pengenalan Black Widow.
Disney sebelum ini telah menyatakan komitmen untuk menayangkan Black Widow secara serentak di pawagam dan Disney+ pada bulan Julai ini, dan menjelang tayangannya nanti, kempen pemasaran filem terbaru MCU itu pasti akan meningkat, membuatkan para peminat tidak sabar untuk menonton flem itu.
Sementara menanti filem Black Widow di tayangkan dipawgam tempatan, anda boleh tonton trailer yang cukup epik dibawah.
Sinopsis:
“Dalam filem thriller pengintip Marvel Studios, Black Widow, Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupan ketika timbul konspirasi berbahaya yang berkait dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menghadapi sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menyertai Avenger. “
Scarlett Johansson kembali meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.
Filem pertama dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe ini akan ditayangkan di pawagam dan Disney+ mulai 9 Julai 2021.