Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Berjaya Dapatkan Kembali Hulk & Namor Dari Universal Pictures?

Salah satu sebab kenapa Hulk tidak lagi mendapat filem solonya sendiri selepas filem The Incredible Hulk adalah masalah hakcipta. Untuk infomasi, karakter Hulk sebenarnya dimiliki oleh Universal Pictures dan memegang hak pengedaran untuk setiap filem solonya.

Disebabkan itulah kita hanya dapat melihat Green Goliath dalam filem The Avengers dan Thor: Ragnarok, kerana Disney tidak mahu membayar untuk filem Hulk yang akhirnya memberi manfaat kepada Universal.

Terbaru, terdapat khabar angin yang mengatakan Marvel Studios secara senyap telah berjaya mendapatkan semula karakter Hulk dan Namor the Submariner (satu lagi karakter ikonik komik Marvel yang dimiliki oleh Universal Pictures).

Namor berkemungkinan tidak akan mendapat filem solonya sendiri bagi mengelakkan perbandingan dengan filem adiwira DC, Aquaman, bagaimanapun, karakter tersebut berpotensi untuk digunakan sebagai antagonis dan ahli Avengers dimasa hadapan.

Manakala untuk watak Hulk, difahamkan Kevin Feige telah meminta idea dari Mark Ruffalo untuk merancang halatuju watak tersebut. Ini mungkin petanda bahawa pihak studio sedang merancang filem solonya sendiri selepas penerbitan siri televisyen She-Hulk. 

Setakat ini kita hanya beranggapan ianya sekadar khabar angin sahaja memandangkan tiada pengumuman rasmi mengenai hakmilik Hulk dan Namor dari kedua-dua studios. Apapun, diharapkan Hulk dan Namor dapat kembali ke rumah sebenar seperti mana karakter-karakter mutant X-Men.

Sumber:  MCU Cosmic

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment