Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Bakal Hasilkan Filem Superhero Asia, Shang-Chi


Marvel Studio mahu mengulangi kejayaan filem Black Panther apabila dilaporkan sedang merancang untuk menghasilkan filem berdasarkan karakter adiwira dari Asia iaitu Shang-Chi.

Menurut portal Deadline. pihak studio telah memilih penulis skrip berketurunan Asia-Amerika iaitu Dave Callaham untuk menulis skrip filem ini. Selain itu juga, mereka turut mencari pengarah dan pelakon dari Asia ataupun berketurunan Asia-Amerika untuk terlibat dalam projek terbaru mereka.

Shang-Chi atau juga dikenali sebagai ‘The Master of Kung Fu pertama kali diperkenalkan dalam komik Special Marvel Edition #15 pada tahun 1973, Karakter tersebut memiliki seperti kehebatan dalam seni mempertahankan diri dan menghasilkan jemaan dirinya. Shang-Chi juga merupakan ahli The Avengers dan juga Heroes For Hire

Dave Callaham sebelum ini pernah menulis skrip untuk 3 filem The Expendables, serta dua filem akan datang iaitu Wonder Woman 1984 dan juga Zombieland. 

Sumber: Comingsoon.net



Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee