Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Akan Terus Hasilkan 4 Filem Setahun

Selain filem, Marvel Cinematic Universe dikembangkan lagi menerusi beberapa rancangan televisyen berbudget besar yang akan disiarkan di perkhidmatan penstriman video Disney+. Bagaimanapun, terdapat kebimbangan dikalangan peminat bahawa Marvel Studios akan mengurangkan pengeluaran filem.

Ketika bercakap kepada wartawan The Hollywood Reporter baru-baru ini, Pengurusi Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif Walt Disney Studios, Alan Horn memberi jaminan bahawa filem-filem Marvel tidak akan dikurangkan, sebaliknya akan bertambah sehingga empat filem setahun.

“[Ketua Marvel Studios] Kevin Feige sedang bekerja keras. Dia akan membuat tiga atau empat tahun, ” 

“Dan filem-filem tersebut sangat berbeza antara satu sama lain, jadi kita akan lihat.”

Jadi, peminat kini tidak perlu risau, tetapi sebaliknya bergembira kerana kita dapat melihat filem-filem Marvel dengan lebih kerap dalam tempoh setahun, ditambah pula dengan rancangan televisyen yang akan disiarkan setiap minggu di Disney+.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee