Selepas Disney berjaya membeli aset milik Fox baru-baru ini, dijangkakan pergabungan kedua-dua syarikat besar dalam dunia perfileman itu akan selesai sepenuhnya tahun hadapan.
Bagi anak syarikat Disney iaitu Marvel Studios, tahun hadapan merupakan tahun yang besar buat mereka kerana karakter-karakter Marvel milik Fox akan berada dibawah jagaan mereka.
Ketika bercakap dalam rancangan radioĀ Playback with Kris Tapley, presiden Marvel Studios, Kevin Fiege mendedahkan bahawa pihak mereka berkemungkinan besar akan memulakan perancangan filem-filem Marvel milik Fox pada pertengahan tahun hadapan.
“No, not yet, but weāve been told itās looking very, very good and could happen in the first six months of next year ⦠The notion of the characters that had previously been under a Fox agreement coming back is great. Itās nice when a company that created all these characters can have access to all those characters. Itās unusual not to; Marvelās been in a unique position to not have access to those characters for a long time ⦠But in terms of actually thinking about it and actually planning things, we havenāt started that yet.”
Jadi kepada peminat filem Marvel, tak sabar melihat X-Men atau Fantastic Four versi Marvel Studios? Kita nantikan tidak lama lagi.