Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023


Sebelum Disney membeli Marvel Entertainment, filem seperti Captain America: The First Avengers dan Iron Man, telah diedarkan oleh Paramount Pictures. Namun, semua itu berubah apabila Disney berjaya membeli Marvel Entertainment. 

Tetapi, tidak semua watak Marvel pada ketika itu berada dibawah bumbung Disney. The Hulk masih terikat Universal Pictures, dimana studio itu telah mengeluarkan dua filem iaitu Hulk pada 2003 dan The Incredible Hulk pada 2008. 

Walaupun ‘Green Goliath’ itu muncul dalam filem seperti Avengers: Endgame dan Thor: Ragnarok, Marvel Studios dan Disney dilarang dari mengeluarkan filem solo Hulk, melainkan melalui studio Universal. 

Kini, perjanjian itu mungkin akan tamat tidak lagi, dan Marvel Studios akhirnya dapat mengeluarkan filem solo Hulk yang dinantikan peminat. 

Menurut seorang pengguna Redditor, dia telah menemui fail SEC dari 2006 yang menyatakan, “Universal Studios telah bersetuju untuk mengedarkan filem Marvel, ‘The Incredible Hulk’ dan sekuel, atas dasar persetujuan yang sama seperti Paramount, yang bersetuju untuk mengedarkan filem lain yang dibiayai dan diterbitkan di bawah kemudahan filem.”


Perjanjian Paramount berbunyi, “Paramount mempunyai hak untuk melaksanakan Hak Pengedaran Paramount untuk setiap Filem …. untuk tempoh awal 15 tahun bermula pada Pameran Teater bagi Filem tersebut (Tempoh Pengedaran Bermula).”

Jika Universal mengambil perjanjian yang sama seperti Paramount, ini bermakna, studio itu menggunapakai perjanjian Hak Pengedaran selama 15 tahun, sama seperti Paramount. Jadi, ini bermakna, Marvel Studios boleh bersiapsedia untuk menghasilkan filem solo Hulk, sebaik sahaja perjanjian hak pengedaran tamat pada Jun tahun hadapan. 

Apa yang didedahkan pengguna Reddit itu boleh dikaitkan dengan laporan mengenai perancangan filem World War Hulk. Apapun, kita nantikan perkembangan terkini mengenainya di masa hadapan, atau mungkin… konvensyen D23 yang akan berlangsung bulan hadapan, dapat memberikan berita baik kepada peminat mengenai masa depan Hulk.


Related posts

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee