
Siri animasi I Am Groot yang akan datang di Disney+ akan menampilkan hari-hari awal tumbesaran Groot, tetapi kini peminat akan tahu tempatnya dalam Marvel Cinematic Universe.Ā
Bercakap kepada ComicBook, Ketua Penstriman, Televisyen dan Animasi di Marvel Studios Brian Winderbaum mendedahkan bahawa siri lima episod yang akan datang akan berlangsung antara penghujung Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan adegan pasca-kredit filem kedua yang menunjukkan Groot telah pun mencapai usia remaja.
“Tempoh masa yang sempit bukan? Ia sebenarnya berlakuĀ antara penghujung Guardians 2 dan sebelum adegan pasca-kredit dalam Guardians 2. Jadi, dalam ruangan sempit ini di mana Groot [berada] dalam peringkat perkembangan selepas kanak-kanak kecil itu,ā kata Winderbaum.
“Dan ia adalah pekara yang sangat mengujakan, James [Gunn] juga tahu hasil kerja [Kirsten Lepore] dan tidak sabar untuk bekerja dengannya juga.”
Berdasarkan sinopsis rasmi, I Am Groot akan melihat “hari kegemilangan Baby Groot yang membesar, dan menghadapi masalah, di kalangan bintang.” Lepore, yang terkenal dengan karya animasi dan filem pendeknya, akan mengarah dan menjadi penerbit eksekutif untuk siri ini.