Berita

Marvel Mungkin Perkenalkan Ahli Baru Guardians Of The Galaxy Selepas Filem Vol. 3

Views

Selepas kematian Tony Stark, dan Black Widow dalam filem Avengers: Endgame, peminat filem Marvel mungkin terpaksa berhadapan dengan satu lagi saat yang menyedihkan.

Berdasarkan komen terbaru yang didedahkan oleh pengarah James Gunn, filem ketiga Guardians of the Galaxy akan menjadi filem terakhir buat ahli kumpulan penjaga galaksi itu dan dia tidak lagi merancang untuk menghasilkan filem keempat. Pekara tersebut didedahkan semasa menjawab soalan peminat dilaman Instagram miliknya.

Apa akan terjadi jika James Gunn tidak lagi mengarahkan filem Guardians of the Galaxy?

Berdasarkan sumber dari laman We Got This Covered, selepas filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, berkemungkinan besar francais tersebut akan di’reboot’ dan dianggotai dengan ahli kumpulan baru.

Cuma buat masa ini tidak dipastikan sama ada watak ahli kumpulan asal akan dimatikan atau dibubarkan. Berdasarkan komik, ahli Guardians of the Galaxy dianggotai ramai adiwira angkasa dan sekirannya siri filem tersebut di’reboot’, kemungkinan ahli barunya akan terdiri daripada Adam Warlock, Phyla-Vell, Moondragon dan beberapa adiwira yang lain kerana karakter tersebut antara karakter penting dalam kumpulan penjaga galaksi itu.

BACA:  Hugh Jackman Kongsikan Gambar-Gambar Terbaru Logan

Setakat ini, hanya francais Thor sahaja menjangkau lebih dari tiga filem dan difahamkan / secara teori, Thor: Love and Thunder mungkin akan menjadi ‘soft reboot’ dimana watak adiwira mungkin akan berpindah kepada Jane Foster.

Apapun, kita nantikan perkembangan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 dimasa akan datang memandangkan filem ini hanya akan memulakan produksinya sebaik sahaja James Gunn selesai dengan filem terbitan DC arahannya, The Suicide Squad. 

Tinggalkan Balasan

shares