Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Mahu Henry Cavill Memainkan Peranan Captain Britain Di MCU

Henry Cavill mungkin terpaksa melupakan watak Superman selepas Warner Bros./DC dilaporkan mahu mencari pelakon baru, namun ia tidak bermakna karier lakonan Cavill dalam filem ‘superhero’ tamat begitu sahaja.

Berdasarkan laporan dari laman We Got This Covered, Marvel Studios dilaporkan sedang merancang untuk mengangkat karakter adiwira Captain Britain ke layar perak, dan mereka telahpun mempunyai beberapa calon pelakon untuk watak tersebut, salah seorangnya adalah Henry Cavill.

Cuma buat masa ini pihak studio masih belum menawarkan watak kepada Cavill memandangkan mereka sedang meneliti calon yang sesuai.

Berdasarkan pengamatan kami, Captain Britain perlu dilakonkan oleh aktor Inggeris yang berbadan sasa, dan jika dilihat dari kriteria tersebut, Henry Cavill merupakan calon yang paling sesuai. Pengalamannya sebagai Superman dalam filem DC pasti akan diambil kira pihak Marvel untuk mengambilnya berlakon sebagai Captain Britain.

Dalam filem Avengers: Endgame yang lalu, terdapat ‘easter egg’ yang diucapkan oleh Peggy Carter ketika berada di pejabat SHIELD, dan peminat dapat menangkat ‘easter egg’ tersebut sebenarnya merujuk kepada Brian Braddock a.k.a Captain Britain.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment