Official Trailer

Video Infinity War Pamerkan Lebih Banyak Details

Views

Studio Marvel mengeluarkan video yang menunjukkan sneak peak Fasa ketiga Marvel dimana ia menunjukan "behind the scene", concept art karakter dan juga menerangkan kepada penonton tentang kehebatan fasa ketiga ini.

Selain itu juga, Robert Downey Jr. telah berkongsi berkongsi video diset pengambaran Infinity War di laman Facebook nya. Dalam video tersebut dia turut menampilkan Tom Holland, Chris Pratt dan juga pengarah Joe dan Anthony Russo.

Bermula dari filem Iron Man pada 2008, Marvel tidak lama lagi akan menerbitkan filem paling epik sepanjang tayangan filem-filem Marvel apabila mereka menerbitkan Avengers: Infinity War. Filem tersebut bakal menampilkan pelakon-pelakon utama sejak dari filem pertama sehinggalah filem akan datang. Antara nama yang bakal muncul ialah Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Scarlett Johansson, Chris Pratt, Zoe Saldana, Benedict Cumberbatch, Pom Klementieff, Tom Holland, Peter Dinklage dan, Josh Brolin sebagai Thanos.

Pengarah filem Captain America: The Winter Soldier dan Captain America: Civil War, Anthony dan Joe Russo akan mengarahkan filem Infinity War dan juga filem terakhir Fasa ketiga yang masih dirahsiakan tajuknya.

Terdapat lapan lagi filem Marvel Fasa tiga yang belum ditayangkan dan sebelum kita dapat menonton filem Infinity War beberapa filem fasa ketiga akan ditayangkan pada tahun ini, tahun hadapan dan juga tahun 2019

2017

5 May - Guardians of the Galaxy Vol. 2

 7 Julai - Spider-Man: Homecoming

3 November - Thor: Ragnarok

2018

16 Februari - Black Panther

4 May - Infinity War

6 Julai - Ant - Man and the Wasp

2019

8 Mac - Captain Marvel

3 May - Untitled Infinity War

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks