Selepas Marvel Cinematic Universe (MCU) menghasilkan hampir sedozen filem sejak 2008, fasa ketiga MCU akan bermula tidak lama lagi dengan tayangan filem Captain America: Civil War. Dengan tayangan filem tersebut, bermulalah fasa ketiga MCU sehinggalah pada musim panas 2019. Untuk pengentahuan anda, fasa ketiga mempunyai sembilan filem dimana tahun ini sahaja dua filem Marvel fasa ketiga akan ditayangkan iaitu Captain America: Civil War dan Doctor Strange.
Fasa ketiga akan berakhir dalam dua episode filem Avengers: Infinity War yang mana akan merumuskan segala jalan cerita bermula dari filem pertama MCU fasa pertama sehinggalah filem terakhir Avengers: Infinity War. Bagaimanapun, filem terakhir fasa ketiga nanti bukanlah menandakan filem yang berdasarkan komik Marvel ini akan berakhir. Malah Bos kepada Marvel Studios yang juga mastermind untuk franchise filem Marvel iaitu penerbit Kevin Feige mendedahkan yang beliau telah merancang menghasilkan filem – filem Marvel ini sehingga tahun 2028!
Buat masa kini, kesemua filem fasa ketiga MCU telahpun diumumkan termasuklah filem-filem yang akan ditayangkan pada tahun 2019. Kini mereka telah mengumumkan bahawa untuk tahun 2020, mereka telah mempunyai tarikh tayangan filem tetapi tidak mendedahkan tajuk filem tersebut (Dikatakan filem Guardians of the Galaxy 3 adalah salah satu dari tiga filem yang akan ditayangkan pada tahun tersebut)
Cuma buat masa ini, ramai peminat-peminat MCU tertanya-tanya apakah filem yang akan dihasilkan selepas filem Avengers: Infinity War. Bagaimanapun Bos Marvel, Kevin Feige telah bercakap kepada salah satu laman hiburan disana mengenai perancangan beliau untuk fasa keempat dan yang akan datang.
“I think you look at comics as a guide. I think there will be a finality to moments of Phase Three, as well as new beginnings that will mark a different, a very different, a distinctively different chapter in what will someday be a complete first saga made up of three phases.”
Feige mendedahkan bahawa filem Avengers: Infinity War merupakan titik perubahan untuk filem-filem Marvel akan datang. Dunia marvel akan berubah dan karakter dari filem lain dalam MCU akan bertemu buat pertama kali dalam fasa yang akan datang (Contohnya Thor akan bertemu Star-Lord). Dan kemungkinan terdapat karakter yang akan mati (Captain America telah mati dalam komik) dan mungkin terdapat karakter yang akan kembali.
Dua filem terbaru Avengers nanti akan memperlihatkan kesemua batu infiniti dikumpulkan dalam satu filem (Jika anda kaki filem Marvel pasti dapat melihat batu – batu infiniti ini dalam beberapa filem Marvel yang ditayangkan sebelum ini) dan batu-batu infiniti tersebut digunakan oleh supervillian terhebat, iaitu Thanos dan diletakan pada Infinity Gauntlet yang menyebabkan Thanos menjadi superhebat! Jadi superhero Avengers akan menghadapi kuasa penjahat paling hebat pada masa itu, dan disebabkan itu, selepas filem Avengers: Infinity War, segalanya akan berubah. Samada karakter dimatikan atau sebaliknya.
Selain itu juga, dalam realiti pembikinan filem pula, pelakon, pengarah malah Kevin Feige sendiri akan berubah atau tiada dimasa akan datang. Bagaimana MCU diteruskan tanpa visi dari Kevin Feige? Begitu juga sekiranya Robert Downey Jr ataupun Chris Evans tidak menyambung kontrak atau tidak mahu meneruskan watak Iron Man dan Captain America sebagaimana Hugh Jackman tidak mahu meneruskan watak Wolverine? Adakah karakter dimatikan atau diganti dengan orang lain? masih banyak persoalan apakah akan berlaku selepas Fasa ketiga MCU
jadi kita akan melihat dunia yang berbeza selepas fasa ketiga MCU nanti. Bukan saja memperkenalkan karakter baru, mungkin fasa keempat MCU nanti akan menghasilkan reboot filem-filem asal dan juga menghasilkan jalan cerita yang tidak dijangka oleh peminat. Ini memandangkan Infinity Gauntlet mampu mengubah masa dan reliti, jadi pihak produksi mempunyai jalan cerita yang tidak terhad untuk menghasilkan filem yang berdasarkan komik ini.
hmm mungkinkah Scarlet Witch akan menggunakan Infinity Gauntlet untuk kembalikan saudaranya, Quicksilver?
Tarikh tayangan filem Marvel Fasa ketiga & keempat
Captain America: Civil War: May 6, 2016
Doctor Strange – November 4, 2016
Guardians of the Galaxy 2 – May 5, 2017
Spider-Man – July 7, 2017
Thor: Ragnarok – November 3, 2017
Black Panther – February 16, 2018
Avengers: Infinity War Part 1 – May 4, 2018
Ant-Man and the Wasp– July 6, 2018
Captain Marvel – March 8, 2019
Avengers: Infinity War Part 2 – May 3, 2019
Inhumans– July 12, 2019
untitled Marvel movies on May 1, July 10 and November 6, 2020.