Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Kini Mencari Pelakon Untuk Karakter The Inhumans Dalam Siri Ms. Marvel; Vin Diesel Dikaitkan Dengan Black Bolt

Marvel kini dilaporkan sedang mula mencari pelakon untuk watak keluarga diraja Inhumans dalam siri Disney+ akan datang berjudul Ms. Marvel. 

Menurut laporan dari GWW, Ms. Marvel bakal menampilkan dua karakter terkenal Inhumans iaitu Black Bolt dan Maximus. Lebih menarik, dua pelakon yang cukup dikenali dalam MCU telah dikaitkan dengan watak keluarga diraja itu.

Pelakon yang dimaksudkan adalah Vin Diesel dan Aaron Taylor-Johnson.

Vin Diesel – yang telah berkempen untuk watak Black Bolt – telah dipertimbangkan oleh Marvel untuk membawakan watak raja Inhumans iaitu Black Bolt, manakala Johnson – yang memainkan peranan sebagai Quicksilver dalam filem Age of Ultron, – menjadi pilihan pertama pihak studio untuk watak Maximus, adik kepada Black Bolt.

Walaupun kedua-dua pelakon tersebut telah membawa karakter Marvel dalam MCU, ia tidak akan memberi banyak masalah jika mereka melakonkan karakter kedua.

Diesel misalnya hanya membawa suara Groot dalam filem Guardians of the Galaxy, manakala watak Quicksilver lakonan Johnson telahpun dimatikan dalam filem Age of Ultron. 

Situasi Johnson sama seperti Gemma Chan dimana wataknya dalam filem Captain Marvel telah dimatikan, dan aktres tersebut kini membawa satu lagi watak Marvel dalam filem The Eternals. 

Apapun, peminat boleh menganggap laporan yang disampaikan oleh laman GWW sebagai khabar angin memandangkan pihak Marvel masih belum mendedahkan segala perancangan mengenai siri Ms. Marvel dan juga Inhumans. Tetapi, harus diingat, Ms. Marvel merupakan Inhumans, dan tidak mustahil beberapa karakter penting Inhumans bakal diperkenalkan dalam siri itu nanti.

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee