You are here Home » Marvel Dilaporkan Sedang Merancang Filem A-Force, Bakal Menampilkan Captain Marvel & Female Thor

Marvel Dilaporkan Sedang Merancang Filem A-Force, Bakal Menampilkan Captain Marvel & Female Thor

Marvel Studios dilihat semakin mempertingkatkan usaha mereka dalam memperkenalkan ‘superheroin’ dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Sekuel Captain Marvel, siri televisyen Ms. Marvel, She-Hulk, WandaVision dan filem Thor: Love and Thunder antara francais yang bakal menampilkan superheroin sebagai watak utama.

Terbaru, menurut laporan dari laman web Wegotthiscovered.com, terdapat sumber yang dipercayai telah mendedahkan, Marvel Studios kini dikhabarkan sedang merancang sebuah filem kumpulan superheroin Marvel yang dikenali sebagai A-Force.

Antara superheroin yang akan muncul dalam filem tersebut termasuklah Valkyrie, Thor lakonan Jane Foster, Captain Marvel, Miss America dan She-Hulk. Menurut sumber itu lagi, siri televisyen Disney+ yang baru diumumkan iaitu She-Hulk, akan menjadi titik permulaan kepada penubuhan pasukan A-Force nanti.

Pihak studio juga dikatakan mensasarkan pasukan kreatif yang terdiri daripada wanita untuk terlibat dalam projek tersebut. Tidak menghairankan jika mereka mahu mengambil wanita mengetuai projek tersebut, kerana beberapa filem MCU telahpun diketuai oleh pengarah wanita seperti Anna Boden (Captain Marvel), Cate Shortland (Black Widow) dan Chloe Zhao (The Eternals).

BACA:  Babak 'Post Credit' Deadpool 2 Disahkan 'Canon'

Setakat ini, apa yang diperkatakan oleh sumber tersebut masih lagi dianggap khabar angin. Namun, peminat boleh menjangkakan bahawa filem A-Force mungkin dapat direalisasikan dimasa hadapan, selepas Avengers: Endgame memaparkan para superheroin bersatu menentang Thanos.

Apapun, peminat terpaksa menanti sedikit lama jika ingin mengetahui perkembangan filem A-Force ini, memandangkan projek siri televisyen She-Hulk hanya akan bermula pada 2022 nanti.

Jadi, kepada peminat-peminat filem Marvel, adakah anda berminat untuk saksikan para superheroin Marvel disatukan dalam sebuah filem? kongsikan pendapat anda.

Loading...