Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Marvel Dedah Gambar Terbaru “The Falcon and the Winter Soldier”

Tarikh tayangan “The Falcon and the WInter Soldier” semakin hampir, dan Marvel terus mempromosikan penggembaran terbaru Sam dan Bucky di MCU. Pihak studio (via ComicBook.com) telah mengeluarkan 10 gambar terbaru dari siri akan datang, memberikan pandangan terbaru kepada peminat.

Anda boleh lihatnya dibawah.

Perincian plot masih belum didedahkan, tetapi siri enam episod ini akan menjadi penggembaraan global kerana kedua-dua wira itu bekerjasama dengan Sharon Carter (Emily VanCamp) dalam usaha menghentikan konspirasi baru yang dilakukan oleh penjahat terkenal, Baron Zemo (Daniel Brühl) .

The Falcon and the Winter Soldier merupakan salah satu siri Marvel Disney+ akan datang. Siri ini dibintangi pelakon seperti Anthony Mackie (Avengers: Endgame), Sebastian Stan (Avengers: Endgame), Daniel Brühl (Captain America: Civil War), Emily VanCamp (Captain America: Civil War), Wyatt Russell (Overlord), Adepero Oduye (The Big Short), Desmond Chiam (The Shannara Chronicles), Miki Ishikawa (The Terror), Noah Mills (The Enemy Within), dan Carl Lumbly (Supergirl).

Kari Skogland (The Punisher) mengarah kesemua enam episod minisiri ini dengan Malcolm Spellman (Empire) bertindak sebagai ‘showrunner’.

The Falcon and the Winter Soldier akan bersiaran di laman penstriman Disney+ pada 19 Mac 2021.

Related posts

Hulu Lancar Trailer Animasi “Marvel’s M.O.D.O.K”

Kakimuvee

Siri “Parasite” HBO Adalah Kisah ‘Original’, Bukannya ‘Remake’

Kakimuvee

ADVENTURE SERIES RUNNING WILD WITH BEAR GRYLLS RETURNS FOR A SIXTH SEASON ON NATIONAL GEOGRAPHIC

Zulaikha

HBO’s sketch comedy series A Black Lady Sketch Show returns 24 April exclusively on HBO GO

Isqandar

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Kakimuvee