Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Marvel Beri Penghormatan Pada Chadwick Boseman Dengan Kongsikan Video Belakang Tabir Black Panther


Marvel Studios telah mengeluarkan video penghormatan kepada mendiang Chadwick Boseman yang meninggal dunia pada Jumaat (waktu tempatan) yang lalu selepas bertarung dengan penyakit kanser usus. 

Video yang dikeluarkan itu memaparkan sesi belakang tabir filem Black Panther sambil memberi penghormatan kepada mendiang yang memainkan watak ikonik itu. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah. 

Black Panther merupakan filem adiwira kedua mendiang selepas membuat kemunculan pertama sebagai Black Panther dalam filem Captain America: Civil War. Filem ini bukan sahaja berjaya mendapat pencalonan di beberapa acara anugerah bertaraf global, tetapi turut menjadi inspirasi kepada golongan kulit hitam di Amerika Syarikat. 

Berdasarkan Komik Marvel dari Stan Lee dan Jack Kirby, Black Panther diarahkan Ryan Coogler dan dibintangi mendiang Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Forest Whitaker, Danai Gurira, Daniel Kaluuya, Angela Bassett, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, dan Andy Serkis.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee