
Marvel sedang membangunkan siri aksi-langsung Wonder Man, lapor The Hollywood Reporter
Menurut laporan itu, pembikin filem Destin Daniel Cretton (Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings) telah bekerjasama dengan penerbit-penulis Andrew Guest (Brooklyn Nine-Nine, Community) untuk membangunkan siri itu, dengan Guest akan menjadi ketua penulis manakala Cretton akan menjadi penerbit eksekutif dan kemungkinan terlibat sebagai pengarah untuk salah satu episod.
Pembangunan siri itu dikatakan masih diperingkat awla pembangunan, jadi tiada butiran lanjut mengenai siapa yang akan membawa peranan utama. Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan, jika ia berjalan dengan lancar, produksi rasmi dijangka bermula seawal tahun 2023.
Wonder Man merupakan salah satu watak paling lama dalam sejarah Marvel, dan mula diperkenalkan pada tahun 1964 dalam terbitan awal Avengers. Watak itu — bernama Simon Williams — dicipta oleh Stan Lee, Don Heck, dan Jack Kirby, dan pada mulanya diperkenalkan sebagai penjahat super yang melawan Avengers.
Pada penghujung 1970-an, Wonder Man telah ditukar menjadi wira, dan akhirnya menyertai Avengers sepanjang pelbagai lelaran pasukan. Terdedah dengan tenaga “ionik” dari Baron Zemo, Wonder Man mempunyai kuasa yang hampir sama dengan wira-wira lain, termasuk kekuatan, kelajuan, stamina, ketahanan, refleks dan ketangkasan yang dipertingkatkan.
Wonder Man juga terikat dengan beberapa watak utama Marvel seperti Vision dan Wanda Maximoff.