Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Bangunkan Filem Keempat Captain America, Showrunner Falcon and The Winter Soldier Akan Terlibat


Berita yang cukup menarik buat peminat Captain America. 

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Disney dan Marvel Studios telah memilih Malcolm Spellman untuk membangunkan filem keempat dalam siri Captain America. Filem tersebut akan ditetapkan selepas peristiwa The Falcon and The Winter Soldier, yang mana siri itu telah dicipta dan diursukan Spellman sebagai ‘showrunner’.

Turut terlibat dalam projek itu adalah penulis skrip Dalan Musson, yang juga salah seorang barisan kreatif siri The Falcon and The Winter Soldier. Tiada pengarah yang terlibat dalam projek itu buat masa ini.

THR mengatakan bahawa belum ada pelakon rasmi yang terlibat dengan projek itu, dan episod terakhir siri Disney+ The Falcon and The Winter Soldier telah membuka banyak kemungkinan mengenai siapakah yang akan mengambil-alih mantel Captain America seterusnya. 

Sebelum ini, aktor Chris Evans memainkan watak superhero Steve Rogers dalam beberapa filem Avengers termasuklah filem solo Captain America: The First AvengerCaptain America: The Winter Soldier,dan Captain America: Civil War.


Berkemungkinan besar, filem akan datang bakal melibatkan pelakon Anthony Mackie, yang memainkan watak Sam Wilson/Falcon dalam Marvel Cinematic Universe. Falcon kini memegang perisai Captain America. Sebastian Stan juga berkemungkinan akan membuat penampilan sebagai Bucky Barnes/The Winter Soldier.

Selain itu, Deadline melaporkan bahawa Chris Evans juga sedang dalam perbincangan untuk kembali ke MCU sebagai Steve Rogers tetapi dalam projek yang berasingan. Dikatakan Evans mungkin akan muncul “dalam salah satu harta intelek Marvel, dengan pintu terbuka untuk filem kedua”. 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee