Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Selepas Tom Holland dan rakan-rakannya mengenakan peminat dengan tajuk palsu “Spider-Man 3“, Marvel Studios akhirnya mendedahkan tajuk rasmi filem tersebut iaitu “Spider-Man: No Way Home“.

Apa yang menariknya, Marvel telah memuatnaik video yang memaparkan Tom Holland mengeluh kerana pihak studio memberi tajuk palsu kepada mereka, dan Zendaya serta Jacob Batalon menyalahkannya kerana sering mendedahkan ‘spoiler’ kepada peminat. 

Tom Holland akan kembali dalam filem ketiga ‘Spider-Man’ sebagai watak utama berserta Benedict Cumberbact sebagai Doctor Strange, yang mana mereka berdua akan menentang Electro lakonan Jamie Fox dan Doctor Octopus lakonan Alfred Molina. 

Melihat pada penamat “Spider-Man: Far From Home”, berkemungkinan besar Spider-Man akan ditentang banyak penjahat. Filem ketiga itu menyaksikan Zendaya dan Jacob Batalon kembali sebagai MJ dan Ned. 

Susulan penyertaan Foxx dan Molina, pelbagai khabar angin mengenai pelakon mula tersebar, antaranya penglibatan bintang Spider-Man dalam francais terdahulu iaitu Tobey Maguire dan Andrew Garfield, serta penglibatan Charlie Cox yang dikhabarkan akan mengulangi peranannya sebagai Daredevil. 

Spider-Man: No Way Home” akan ditayangkan pada 17 Disember 2021.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment