Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Marvel & ABC Merancang Untuk Hasilkan Siri Superhero Yang Dianggotai Para Wanita


Walaupun siri televisyen Agents of S.H.I.E.L.D semakin menuju ke penghujung, kerjasama diantara Marvel dan American Broadcasting Company (ABC) tetap diteruskan lagi dengan sebuah lagi projek terbaru.

Menurut laporan dari laman Deadline, Marvel dan ABC Entertainment dikatakan sedang merancang untuk menghasilkan sebuah rancangan televisyen yang bakal menampilkan karakter-karakter adiwira yang terdiri daripada para wanita.

Pekara tersebut itu didedahkan sendiri oleh presiden ABC Entertainment, Karey Burke.

“Saya telah bercakap dengan Marvel dan kami secara aktif berbincang mengenai satu projek khusus,” jelas Burke. Beliau turut menambah karakter-karakter yang akan diperkenalkan itu terdiri daripada karakter baru dan siri itu akan bersesuaian dengan strategi yang memberi fokus kepada adiwira wanita.

Marvel masih memiliki banyak karakter-karakter adiwira wanita yang masih belum diperkenalkan dalam dunia sinematik dan siri-siri televisyen yang lain. Mungkin karakter-karakter yang belum diperkenalkan dalam versi ‘live-action’ seperti She-Hulk atau sebagainya boleh digunakan dalam projek terbaru Marvel / ABC Entertainment ini.


Apapun kita nantikan perkembangan mengenainya di masa akan datang. Tetapi sebelum itu, apa yang anda harapkan jika siri terbaru ini berjaya direalisasikan. Siapakah karakter adiwira wanita yang anda ingin lihat dalam rancangan terbaru itu nanti? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee