Berita

Martin Scorsese Terus Membenci Filem ‘Superhero’, Nyatakan Kerisauan Filem-Filem Berkenaan Akan Kuasai Panggung Wayang

Views

Walaupun kenyataannya sebelum ini menerima kecaman banyak pihak, pengarah Martin Scorsese tetap tidak berganjak dengan pendiriannya terhadap filem-filem bertemakan ‘superhero’ dengan menganggap filem seperti  itu bukanlah ‘wayang gambar’, malah terus memberikan sebab kenapa dia tidak menyukai filem-filem tersebut.

Ketika mempromosikan filem terbarunya berjudul The Irishman, Scorsese menjelaskan isu terbesar adalah cara panggung wayang sekarang yang mengutamakan genre superhero berbanding filem-filem kecil.

“Kunci yang saya harapkan ialah untuk teater untuk terus menyokong naratif ‘wayang gambar’ seperti ini,”

Jelas beliau yang merujuk kepada filemnya sebelum merujuk kepada hasil kerja pembikin filem yang lain seperti Noah Baumbach, Wes Anderson dan Paul Thomas Anderson.

Scorsese kemudian berkata lagi, apa yang ditonton oleh para penonton sekarang menjadi “wayang gambar,”

“Teater-teater menyokong filem-filem. Tetapi sekarang teater-teater kelihatannya menyokong taman tema, taman hiburan, filem-filem komik. Mereka mengambil alih teater-teater, saya fikir mereka boleh mempunyai filem-filem itu; tidak mengapa.

Cuma apa yang sepatutnya tidak menjadi, adalah orang muda percaya ianya adalah ‘wayang gambar’. Ia tidak sepatutnya berlaku,” ujarnya lagi.

Scorsese mungkin kecewa selepas melihat filem-filem superhero, terutamnya filem-filem Marvel terus menguasai pawagam dan merubah pendapat orang muda tentang sesebuah filem. Sepatutnya pengarah tersebut perlu berlapang dada dimana setiap era pasti akan berlalu.

BACA:  Star Wars: The Rise of Skywalker: Pandangan Pertama Sith Trooper Didedahkan

Jika 70an-80 dipenuhi dengan filem-filem bertemakan jenayah, mafia dan aksi manakala filem-filem 90-an dan awal 2000an dipenuhi dengan filem-filem romantik, sains fiksyen, maka era masakini sudah tentu penonton akan tertumpu pada filem-filem yang diadaptasikan dari komik-komik, baik dari Marvel ataupun DC – seiring dengan peredaran masa.

Apapun, ini adalah pandangan peribadi dari seorang pembikin filem legenda terhadap situasi industri filem pada masa sekarang. Mungkin anda mempunyai pandangan yang lain, atau bersetuju dengan pendapat Scorsese?, kongsikan kepada kami.

Sumber: The Hollywood Reporter

shares