Berita

Martin Scorsese Kini Anggap Filem Marvel Sebagai "Satu Bentuk Seni Yang Baru"

Views

Semenjak Martin Scorsese mengeluarkan kenyataan yang mengatakan filem-filem Marvel bukanlah "wayang gambar", beberapa individu seperti James Gunn, Natalie Portman, Samuel L. Jackson dan CEO Disney, Bob Iger tampil mempertahankan filem-filem Marvel.

Ketika mempromosikan filem The Irishman, pengarah Scorsese bagaimanapun telah mengalihkan sedikit penekanannya mencadangkan bahawa "wayang gambar perlu dipertingkatkan."

Ketika bercakap kepada ET Online baru-baru ini, Scorsese masih menganggap filem-filem Marvel sebagai "taman tema", cuma mengubah sedikit kenyataan dengan menyifatkan filem-filem seperti itu ibarat "satu bentuk seni yang baru"

"Katakanlah sebuah keluarga ingin pergi ke sebuah taman hiburan, anda tahu? itulah perkara yang baik. Dan di taman tema terdapat ungkapan-ungkapan sinematik. Ini adalah satu bentuk seni baru. Ini sesuatu yang berbeza dari filem-filem yang ditunjukkan secara normal di teater, itu sahaja."

"Kebimbangan saya adalah kehilangan tayangan kepada filem-filem 'taman tema' yang besar," kata Scorsese,

"Saya katakan sekali lagi, mereka ada seni mereka yang tersendiri, Wayang Gambar kini sedang berubah, kita mempunyai begitu banyak tempat, terdapat banyak cara untuk membuat filem-filem yang begitu menyeronokkan. "

"Baiklah, pergi, dan sangat bagus untuk pergi ke acara seperti taman hiburan," ujarnya lagi.

"Tetapi jangan pinggirkan Greta Gerwig dan jangan pinggirkan Paul Thomas Anderson dan Noah Baumbach dan orang-orang seperti ini, baik dari segi teater. "

Apa yang diperkatakan oleh Scorsese ini benar, tak salah untuk filem-filem superhero / komik seperti Marvel menguasai industri, tetapi jangan dipinggirkan filem-filem yang penuh berseni dan memiliki nilainya yang tersendiri.

Jadi kepada kaki-kaki wayang diluarsana, apa pendapat anda dengan kenyataan terbaru dari legenda filem Hollywood ini? kongsikan kepada kami.

shares
Enable Notifications    Ok No thanks