Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Martin Freeman Dedahkan Produksi Black Panther 2 Akan Bermula Pada 2021

Filem sekuel Black Panther 2 mungkin berada dalam jadual fasa 5 Marvel Cinematic Universe, namun bilakah produksi filem itu akan bermula buat masa ini tidak diketahui oleh peminat.

Bagaimanapun, salah seorang pelakonnya iaitu Martin Freeman memberi sedikit kemaskini kepada para peminat MCU khususnya Black Panther. Ketika ditemubual Uproxx, Freeman mendedahkan produksi Black Panther 2 mungkin akan bermula pada 2021.


“Yang terakhir saya dengar, kita tidak akan melakukannya pada tahun depan. Jadi, mungkin 2021 ketika kami akan membuat filem Black Panther seterusnya. Itulah yang saya tahu. “

Filem pertama Black Panther diterbitkan pada 2018 dan berjaya memberi pulangan besar kepada pihak studio dengan kutipan sebanyak $1.3 billion dolar seluruh dunia serta membawa pulang satu anugerah Academy Award.

Ryan Coogler akan kembali mengarahkan filem sekuel akan datang.

Semasa di sesi panel San Diego Comic Con yang lalu, Black Panther 2 tidak disenaraikan dalam filem-filem Marvel Fasa 4, dan dijangka filem sekuel tersebut mungkin akan berada dalam fasa 5 MCU.

Peminat-peminat boleh menantikan pengumuman rasmi dari pihak studio semasa di Expo D23 mengenai perancangan filem Black Panther 2

Related posts

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Kakimuvee

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment