
Pelakon Marsha Milan mendedahkan bahawa dia pada mulanya berasa seperti ditipu oleh pihak produksi milik pelakon dan pelawak terkenal Johan apabila memberi tawaran berlakon tanpa sebarang skrip untuk filem TV (FTV) berjudul “#TerobekRaya”.
Lebih menghairankannya adalah dia hanya diminta untuk hadir ke set penggambaran dengan hanya membawa sepasang baju sahaja.
“Mereka menawarkan saya berlakon dalam filem ini sebelum Ramadan lalu. Mendengar tawaran itu saya berminat untuk mencuba apatah lagi berlakon dengan ramai pelawak pastinya satu pengalaman baru.
“Namun, selepas melihat skrip saya agak bimbang kerana skrip tidak banyak seperti yang pernah saya berlakon sebelum ini,” – Marsha Milan
Pelakon “Jwanita” ini akui merasa bimbang, namun tidak terlalu memikirkan soal itu kerana terlalu rindu untuk kembali berlakon.

Namun apabila tiba di set penggambaran barulah dia mengetahui bahawa setiap pelakon perlu berlakon secara spontan.
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini berkata berasa janggal pada mulanya, tetapi dia menganggap ia sebagai pengalaman baru buatnya sebagai pelakon.
Malah tidak tidak berdepan sebarang masalah kerana mendapat tunjuk ajar daripada pelakon lain.
“#TerobekRaya” mula ditayangkan di Astro First pada 24 Ogos lalu.
Ia dibintangi oleh Johan, Ozlyn, Ani Maiyuni, Tauke Jambu, Zizan Nin dan Sherry Al Hada.
Sumber: Cinema Online