Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Mark Wahlberg & Winston Duke Beraksi Dalam Trailer SPENSER CONFIDENTIAL

Netflix telah melancarkan trailer rasmi filem aksi-komedi Spenser Confidential menampilkan Mark Wahlberg yang cuba untuk menjatuhkan kartel dadah, polis korup dan ahli politik yang memerangkapnya pada 5 tahun yang lalu.

Berdasarkan novel Wonderland karya Ace Atkin, filem aksi ini turut menampilkan Wiston Duke dan Post Malone. Anda boleh saksikan trailer filem dipemain video dibawah.

Selepas keluar dari penjara bekas anggota polis, Spenser (Mark Wahlberg) telah meninggalkan bandar Boston, dan bertemu bekas mentornya, Henry yang juga merupakan jurulatih tinju. Manakala, peninju MMA, Hawk merasakan dia akan menjadi lawan yang hebat berbanding Spenser. Apabila dua bekas rakan sekerja Spenser dibunuh, dia telah merekrut Hawk dan bekas teman wanitannya, Cissy untuk membantu menyiasat dan membawa dalang ke muka pengadilan.

Filem arahan Peter Berg (Deepwater Horizon, Patriots Day) ini dibintangi Mark Wahlberg sebagai Spenser, bekas anggota polis, Wiston Duke sebagai Hawk, Post Malone, Alan Arkin sebagai Henry Cimoli, Illiza Shlesinger sebagai Cissy, Cassie Ventura sebagai Elise, Bookem Woodbine dan James DuMont.

Ini merupakan kolaborasi kelima diantara Wahlberg dan pengarah, Peter Beg. Mereka sebelum ini bekerjasama dalam filem Lone Survivor, Deepwater Horizon, Patriot Day dan Mile 22. 

Spenser Confidential akan mula ditayangkan di Netflix pada 6 Mac ini.

Related posts

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Leave a Comment