Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mark Ruffalo Ulangi Minatnya Untuk Melihat Gandingan Hulk & Wolverine Dalam MCU


Dalam buku komik, Wolverine pertama kali diperkenalkan sebagai ‘Superhuman agent’ kerajaan Kanada yang bertembung dengan The Hulk ketika memburu Wendigo. Dia kemudiannya menyertai X-Men dan menjadi salah satu watak paling popular dalam Marvel Universe.

Kini, Wolverine bersama dengan watak-watak mutan yang lain, bakal menuju ke Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas hakcipta X-Men kembali ke Marvel Studios.

Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana debut pertama X-Men dalam MCU bakal dipaparkan kepada penonton, tetapi bagi bintang Avengers: Endgame, Mark Ruffalo, dia tetap optimistik bahawa karakternya, Hulk berpeluang untuk bertembung dengan lawannya, Wolverine.

Ketika bercerita kepada Variety mengenai masa depan The Hulk dan mengesahkan bahawa peminat mungkin dapat melihat Hulk dalam siri She-Hulk untuk Disney+, Ruffalo berkata: “Mungkin Hulk dan Wolverine dapat bergabung.”

Ruffalo sebelum ini pernah menyatakan minat untuk melihat Hulk dan Wolverine bergabung dalam satu filem, dan selepas Marvel Studios mendapatkan kembali hak X-Men dari Fox, kini peluang untuk peminat melihat kedua-dua watak itu dalam satu filem semakin cerah.


Apapun kita nantikan perancangan Marvel Studios dalam memperkenalkan X-Men dalam MCU, terutamanya Wolverine yang telah menjadi watak superhero kegemaran peminat sejak ia mula diperkenalkan di layar perak pada awal tahun 2000.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee