Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mark Ruffalo & Catherine Keener Sertai Ryan Renolds Dalam Filem Sci-Fi The Adam Project

Bintang MCU Mark Ruffalo dan Catherine Keener (Capote, Being John Malkovich, An American Crime) menyertai barisan pelakon filem sains fiksyen The Adam Project arahan Shawn Levy. Filem terbaru Netflix / Skydance ini turut dibintangi Ryan Reynolds (Deadpool), Zoe Saldana (Guardians of the Galaxy. Jennifer Garner (Alias), Walker Scobell dan Alex Mallary Jr. (Dark Matter)

Dalam filem The Adam Project, Reynolds memainkan peranan sebagai seorang lelaki yang pergi ke masa lampau untuk membantu dirinya sendiri yang berusia 13 tahun. Mereka berdua berusaha mencari ayah mereka, sama sama umur dengan Reynolds, untuk membetulkan keadaan demi menyelamatkan masa hadapan. 

Ruffalo akan memainkan peranan sebagau ayah Reynolds, seorang ahli fizik yang bijak, manakala Keener sebagai antagonis utama yang cuba mencuri teknologi yang cukup berkuasa dari karakter lakonan Ruffalo. Scobell sebagai versi muda karakter lakonan Reynolds dan Mallari sebagai orang kanan antagonis. 

Ini merupakan kolaborasi kedua diantara Reynolds dan Levy, yang mana mereka berdua pernah bekerjasama dalam filem aksi komedi akan datang berjudul Free Guy.

Levy (Stranger Things) akan menjadi pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Jonathan Tropper dan David Ellison. Reynolds dan Levi bertindak sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan mereka iaitu Maximum Effort dan 12 Lap Entertainment. David Ellison, Dan Goldberg dan Don Granger menjadi penerbit bagi pihak Skydance.

Related posts

Disney+ Hotstar Wujudkan Media Sosial Untuk Pasaran Malaysia!

Kakimuvee

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar