Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Mark Hamill Sebagai Mervyn Pumpkinhead Dalam Klip Terbaru THE SANDMAN

Netflix telah melancarkan klip terbaru The Sandman, siri fantasi yang dinantikan yang berdasarkan komik DC popular karya Neil Gaiman, dan dibintangi Tom Sturridge sebagai watak utama. 

Klip tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, memberikan pandangan pertama Mervyn Pumpkinhead, yang disuarakan oleh veteran Star Wars Mark Hamill. Ia menyerlahkan masalah yang perlu dihadapi Morpheus apabila dia pulang ke rumah ke The Dreaming selepas bertahun-tahun dipenjarakan.


The Sandman dibintangi Tom Sturridge (Sweetbitter) sebagai Dream, the Lord of the Dreaming; Gwendoline Christie (Game of Thrones) sebagai Lucifer, penguasa Neraka; Vivienne Acheampong (The Witches) sebagai Lucienne, ketua pustakawan dan penjaga dipercayai alam Dream; Boyd Holbrook (Logan) sebagai The Corinthian, ‘nightmare’ yang melarikan diri dan ingin merasai semua yang ada di dunia; Charles Dance (Game of Thrones) sebagai Roderick Burgess, seorang penipu, pemeras ugut dan ahli silap mata; Asim Chaudhry (Black Mirror: Bandersnatch), dan Sanjeev Bhaskar (Yesterday) sebagai Abel dan Cain, mangsa pertama dan pemangsa pertama, yang merupakan penduduk dan subjek setia Dream Realm.

Barisan pelakon tambahan yang lain termasuk Kirby Howell-Baptiste (Killing Eve, Cruella) sebagai Death, Joely Richardson (Nip/Tuck) sebagai Ethel Cripps, David Thewlis (Harry Potter) sebagai John Dee, Stephen Fry (Wilde) sebagai Gilbert, Patton Oswalt (Ratatouille) menyuarakan watak Matthew the Raven, dan Jenna Coleman (Doctor Who) sebagai Johanna Constantine. Mason Alexander Park, Donna Preston, Razane Jammal, Niamh Walsh, Kyo Ra, dan Sandra James Young akan melakonkan watak masing-masing seperti Desiree, Despair, Lyta Hall, Young Ethel Cripps, Rose Walker, dan Unity Kincaid.

Siri aksi langsung ini ditulis oleh Gaiman (American Gods) dan Allan Heinberg (Wonder Woman, Grey’s Anatomy), yang turut menjadi showrunner untuk siri ini. David S. Goyer (Batman Begins, Foundation) sebagai penerbit eksekutif.

The Sandman pertama kali diperkenalkan komik DC, Vertigo pada tahun 1989 dan sebanyak 75 isu telah diterbitkan. Ia berkisarkan tentang karakter Dream berserta adik beradiknya yang turut dikenali sebagai Endless (Death, Desire, Despair, Delirium, Destruction dan Destiny). The Sandman adalah cerita tentang cerita dan bagaimana Morpheus, Lord of Dream, ditangkap dan kemudian belajar bahawa kadang-kadang perubahan tidak dapat dielakkan.

Siri fantasi ini kini boleh distrim di Netflix.

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment