Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mark Hamill Ingin Sertai Guardians of the Galaxy 3, James Gunn Berminat Untuk Tawarkan Watak


Seorang pengguna laman ‘Twitter’ telah memuatnaik status merujuk kepada James Gunn dengan bertanyakan soalan kepada pengarah tersebut sama ada berminat untuk tawarkan watak dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 kepada Mark Hamill.

Pertanyaan lelaki tersebut telah mendapat maklumbalas daripada pengarah tersebut dan menyatakan yang beliau berminat untuk tawarkan watak kepada aktor filem The Last Jedi itu. Mark Hamill kemudiannya mencelah dan menyatakan beliau berminat sekirannya diberi tawaran. Anda boleh lihat perbualan diantara pengarah James Gunn dan Mark Hamill dibawah. Perhatikan respond aktor Josh Gad melihat kedua-dua mereka berbalas “Tweet”

Pembikinan filem ketiga Guardians of the Galaxy Vol. 3 masih diperingkat awal malah skrip filem itu juga masih dalam proses untuk disiapkan sepenuhnya.

Tidak dapat dipastikan ke’serius’an pengarah Guardians of the Galaxy itu, tetapi jika dilihat respond Mark Hamill, beliau begitu berminat untuk muncul dalam filem arahan pengarah tersebut. Diharap kita sebagai peminat dapat melihat kedua-dua mereka ini bekerjasama dalam filem ketiga Guardians of the Galaxy, sekurang-kurang Mark Hamill diberikan watak, ‘cameo’ dalam filem.

So kepada peminat filem, apa pendapat anda sekiranya bekas ‘Jedi’ ini ditawarkan watak dalam filem Guardians of the Galaxy 3?


Sumber: Screenrant.com


Related posts

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Perancangan Filem ‘Legendary Star-Lord’

Kakimuvee

[VIDEO] Drax Bermetafora Dalam ‘Deleted Scene’ Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

SUPERMAN LEGACY: James Gunn Telah Memulakan Uji Bakat Untuk Watak Superman & Lois Lane

Kakimuvee