Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marisa Tomei Sertai Jason Momoa Dalam Filem “Sweet Girl”

Bintang Marvel Cinematic Universe, Marisa Tomei sertai rakannya dari DCEU, Jason Momoa dalam filem Netflix terbaru berjudul Sweet Girl. 

Tomei menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Momoa, Isabella Merced (Dora and the Lost City of Gold), Adrian Arjona (Morbius), Manuel Garcia-Ruflo (6 Underground) dan Justin Bartha (National Treasure).


Sweet Girl akan mengisahkan tentang suami (lakonan Jason Momoa) yang ingin mencari individu yang telah menyebabkan kematian isterinya dan dalam masa yang sama melindungi anak perempuannya.

Filem tersebut ditulis oleh Gregg Hurwitz dan Phillip Eisner, manakala Brian Adrew Mendoza akan bertindak selaku pengarah. Mendoza dan Momoa sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem Braven dan rancangan Netflix, Frontier.

Setakat ini, tarikh tayangan Sweet Girl masih belum didedahkan.

Sumber: The Hollywood Reporter.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment