Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mari Bertemu Mistress of Evil Dalam Poster Terbaru Sekuel Maleficent

Walt Disney Pictures telah melancarkan poster terbaru Maleficent: Mistress of Evil, filem sekuel ini akan memulakan tayangannya pada 17 Oktober akan datang. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Maleficent: Mistress of Evil merupakan sekuel yang berlatarbelakangkan selepas beberapa tahun sejak filem pertama Maleficent pada tahun 2014. Ia terus meneroka hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk itu dan Puteri Aurora, yang bakal menjadi ratu. Dalam pergelutan mereka untuk melindungi kawasan mereka dan makhluk ajaib di sana, muncul musuh baru.


Diarahkan Joachim Rønning, filem kedua ini ditulis oleh penulis skrip Linda Woolverton dan Micah Fitzerman-Blue & Noah Harpster.

Angelina Jolie dan Elle Fanning kembali membawakan watak masing-masing iaitu pari-pari Maleficent dan Princess Aurora, mereka turut dibantu beberapa pelakon lain iaitu Ed Skrein, Sam Riley, Harris Dickinson, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville, Chiwetel Ejiofor, dan Michelle Pfeiffer.

Related posts

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”

Kakimuvee

Giancarlo Esposito Mengesahkan Pertemuan Dengan Marvel Studios, Berharap Dapat Bawa Watak Professor X

Kakimuvee

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Leave a Comment