Official Trailer

Mari Bertemu Chris Evans Dalam Klip Terbaru Knives Out

Views

Chris Evans Knives Out

Liongsate telah melancarkan klip terbaru filem arahan Rian Johnson berjudul Knives Out. Klip tersebut memaparkan Ransom Drysdale lakonan Chris Evans, anak kepada karakter lakonan Jamie Lee Curtis dan Don Johnson. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah.

Knives Out telah mendapat ulasan yang sangat positif dari para pengkritik dan kini mendapat markah 98% dilaman Rottentomatoes.

Berkisarkan tentang perjumpaan sebuah keluarga yang aneh, dan menjadi huru-hara apabila ketua keluarga itu mati. Perkara itu menyebabkan detektif dihantar untuk melakukan penyiasatan tentang kes kematian tersebut.

Filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Daniel Craig dan Chris Evans. Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Shannon, Lakeith Stanfield, Don Johnson, Toni Collette, Christopher Plummer, Katherine Langford, Riki Lindhome, Edi Patterson, Raul Castillo dan Jamie Lee Curtis.

Skrip filem Knives Out ditulis sendiri oleh Rian Johnson. Filem ini akan menemui penonton tempatan mulai 28 November 2019.

BACA:  Saksikan Filem Kerjasama Malaysia - Indonesia, "Zharfa" Tayangan 7 November Ini.

Tinggalkan Balasan

shares