Selepas lama dikaitkan dengan filem Once Upon a Time in Hollywood arahan Quentin Tarantino, bintang filem I, Tonya & Suicide Squad, Margot Robbie telah disahkan akan membintangi filem tersebut.
Margot Robbie akan membawakan watak Sharon Tate, aktres yang dibunuh oleh pengikut Charles Manson pada tahun 1969. Filem Once Upon a Time in Hollywood mengisahkan tentang Rick Dalton (lakonan Leonardo DiCaprio) seorang bintang televisyen yang ingin menceburi perniagaan yang berkaitan dengan dunia perfileman. Pembantunya, Cliff Booth (lakonan Brad Pitt) yang juga merupakan pelakon lagak ngeri beliau juga ingin menceburi perniagaan yang sama. Bagaimanapun, jirannya iaitu seorang aktres, Sharon Tate telah dibunuh oleh pengikit Charles Manson bersama empat lagi individu yang turut berada dalam rumah aktres tersebut. – Kejadian pembunuhan Sharon Tate dan rakanya itu telah menjadi latarbelakang jalan cerita filem ini.
Ini merupakan filem kedua Margot Robbie disamping aktor Leonardo DiCaprio selepas mereka berdua berlakon dalam filem The Wolf of Wall Street.
Filem ini akan memulakan tayangannya pada 9 Ogos 2019 bersempena ulangtahun ke-50 peristiwa pembunuhan aktres terkenal Hollywood itu
Sumber: Comingsoon.net