Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Margot Robbie Sahkan Joker Tiada Dalam Filem Birds Of Prey


Aktres Margot Robbie mengesahkan bahawa Joker tidak akan membuat kemunculan dalam filem Birds of Prey akan datang. Pekara tersebut didedahkan semasa temubual bersama Variety baru-baru ini.

Birds of Prey akan memaparkan plot yang menunjukkan kehidupan Harley Quinn selepas berpisah dengan Joker. Namun tiada sebarang cameo dari watak lakonan Jared Leto itu.

Dalam pada itu, Robbie turut memuji lakonan Joaquin Phoenix dalam filem Joker arahan Todd Phillips, tetapi menjelaskan bahawa Birds of Prey tidak akan mengikuti gaya filem berkenaan.

“I feel like the ‘Joker’ film was much more grounded. Ours is different. It’s heightened. But at the end of the day it’s a really fun, badass group of women getting together. It’s a ride. It’s a crazy ride.

Birds of Prey diarahkan oleh Cathy Yan, menjadikan dia pengarah wanita Asia pertama mengarahkan filem Superhero. Skrip disediakan oleh Christina Hodson.


Margot Robbie meneruskan wataknya sebagai Harley Quinn. Dia turut disertai Mary Elizabeth Winstead yang akan membawakan watak Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Selepas berpisah dengan Joker, Harley Quinn mula mengumpul ahli-ahlinya yang terdiri daripada Black Canary, Huntress dan Renee Montoya dalam usaha mereka untuk melindungi seorang gadis, Cassandra Cain yang diburu penjenayah yang menakutkan dikenali sebagai Black Mask.

Birds of Prey akan menemui penonton pada 7 Februari 2020.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee