Berita

Margot Robbie Bakal Terbitkan Filem Reboot ‘Tank Girl’

View

Filem Tank Girl yang diterbitkan pada tahun 1995 bakal dihasilkan semula oleh penerbit yang juga pelakon Margot Robbie menerusi syarikat produksinya, LuckyChap Entertainment.

Berita mengenai penghasilkan semula filem tersebut didedahkan pencipta bersama komik Tank Girl, Alan Martin. Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Martin di laman Twitter miliknya, syarikat penerbitan Robbie telah berjaya mendapatkan hak penerbitan dari MGM dan dilaporkan bakal membangunkan filem tersebut tidak lama lagi.

Just heard that Margot Robbie’s company have optioned rights from MGM to make a new Tank Girl movie – now several months into development.”

“We haven’t been contacted by any of the parties involved with the project, so not sure if there will be any input from the original creators,” 

Robbie telah menubuhkan syarikat LuckyChap Entertainment pada 2014, dan sejak dari itu telah menerbitkan beberapa filem antaranya I, Tonya, Terminal, Dreamland dan filem akan datang, Birds of Prey. 

Setakat ini tidak dipastikan sama ada Robbie akan turut berlakon atau sekadar menjadi penerbit.

BACA:  Kuasa Captain Marvel Ditunjukkan Dalam Video Di Set Penggambaran

Filem Tank Girl diadaptasikan dari komik berjudul sama karya Alan Martin dan Jamie Hewlett. Filem asal dibintangi pelakon Lori Petty yang memainkan peranan utama dan ia mengisahkan tentang antihero Tank Girl (Petty) yang menentang organisasi jahat yang diketuai Kesslee bersama-sama rakanya iaitu Jet Girl (Watts) dan Rippers. Tank Girl bagaimanapun gagal dari segi komersial dan dikritik teruk para pengkritik serta peminat.

Sumber: Bloody Disgusting

Tinggalkan Balasan

shares