Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Manusia Menjadi Sasaran Pemburu Dalam Trailer Filem The Hunt


Universal Pictures dan Blumhouse Productions telah melancarkan teaser trailer filem The Hunt, sebuah filem aksi thriller yang menyaksikan sekumpulan manusia menjadi sasaran pemburu. Anda boleh saksikan trailer mendebarkan itu dipemain video dibawah.

Dua belas individu telah terjaga dari tidur dan mereka tidak mengentahui dimana serta bagaimana mereka berada ditempat yang begitu terpencil. Mereka sebenarnya tidak mengentahui bahawa mereka telah dipilih dan dibawa disebuah tempat bernama Manor House untuk satu tujuan spesifik, iaitu diburu oleh golongan-golongan elit.

Crystal (Betty Gilpin) salah seorang individu yang diburu telah menukar rentak permainan apabila dia mula membunuh seorang demi seorang pemburu dan kemudiannya mencari seorang wanita misteri (Hilary Swank) yang menjadi dalam dalam permainan ‘The Hunters’ itu.

Turut menyertai Betty Gilpin dan Hilary Swank dalam filem ini adalah Ike Barinholtz dan Emma Roberts. The Hunt diarahkan oleh Craig Zobel manakala skrip dan cerita asal ditulis oleh Damon Lindelof dan Nick Cuse.

Filem The Hunt akan mula memburu penonton pada 27 September ini.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee