Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Penulis dan pencipta “John Wick”, Derek Kolstad akan bekerjasama dengan Amazon Studios untuk menghasilkan filem ‘live-action’ yang berdasarkan dari manga aksi-seram Jepun, “Hellsing”

Berita itu disahkan sendiri oleh Kolstad, yang menyatakan, “Sejak saudara saya memperkenalkan manga dan anime Hellsing kepada saya beberapa tahun yang lalu, saya menjadi obses yang mengadaptasikannya.”

“Dan, apabila Mike Callaghan dan pasukannya berjaya mendapatkan hak, kemudian bekerjasama dengan Brian Kavanaugh-Jones dan Amazon, saya berkata … ini adalah mimpi.”

Projek terbaru itu akan diterbitkan Kolstad bersama-sama Brian Kavanaugh-Jones dan Fred Berger menerusi syarikat mereka Automatik, Mike Callaghan dan Reuben Liber untuk Ranger 7 Films, dan Jason Lust yang mewakili Soluble Fish Productions. 

Dicipta oleh Kouta Hirano di bawah penerbitan Shonen Gahosha, “Hellsing” menceritakan kisah Alucard (atau Dracula) dan Seras, dua ejen khas di bawah The Hellsing Organisation yang ditugaskan adalah untuk melindungi England dan dunia dari ‘vampire’ dan keganasan ‘supernatural’ yang lain.

Manga “Hellsing” telahpun diangkat ke siri anime yang ke udara dari Oktover 2001 sehingga Januari 2002.  

Kolstad merupakan pencipta dan penulis ketiga-tiga filem “John Wick” yang dibintangi Keanu Reeves. Hasil kerja terbarunya, termasuklah filem aksi “Nobody” lakonan Bob Odenkirk, yang akan ditayangkan 26 Mac ini, dan filem adaptasi permainan video “Just Cause”.

Buat masa ini, barisan pelakon dan pengarah untuk projek “Hellsing” masih belum diumumkan.

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee