Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Manchester United Muncul Dalam Video Promo Filem Deadpool

deadpool manchester united

SEBUAH video memaparkan adiwira layar perak Marvel terbaharu, Deadpool yang menyempurnakan sepakan penalti untuk pasukan Manchester United, kini viral.

Deadpool berjaya menjaringkan penalti tersebut dan kemudian diraikan oleh beberapa bintang United iaitu Wayne Rooney, David de Gea, Bastian Schweinsteiger, Chris Smalling, Ander Herrera, dan Juan Mata.


Filem tersebut merupakan filem kedua edaran 20th Century Fox yang dipromosikan melalui akaun media sosial Manchester United selepas syarikat perfileman tersebut menandatangani perjanjian kerjasama dengan United.

Januari lalu, beberapa pemain United dilihat mengirim tweet berkenaan filem The Revenant lakonan Leonardo DiCaprio, juga merupakan filem edaran syarikat yang sama.

Deadpool juga memuji Rooney sebagai ‘menawan’ di hujung video yang telah meraih 10.5 juta tontonan selepas dimuat naik Sabtu lalu.

Filem Deadpool bakal menemui para peminat di Malaysia pada 11 Februari 2016.

Related posts

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

“Kung Fu Panda: The Dragon Knight” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 14 Julai Ini

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Max Original Film FATHER OF THE BRIDE Premieres June 16 Exclusively On HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment