Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

YouTuber Kritik Teruk MANAP KARAOKE, Mamat Khalid ‘Malas Nak Balas’

Filem Manap Karaoke telahpun ditayangkan di Astro First pada awal Mei yang lalu dan menerima pelbagai reaksi dari penonton.

Bagaimanapun, filem terbaru arahan Mamat Khalid itu menerima maklum balas yang tidak enak didengari seperti ‘filem sampah, tidak berkualiti dan sebagainya’, daripada seorang pengkritik filem di YouTube

Bukan itu saja, Mamat juga di sarankan berundur diri sebagai pengarah atas alasan karya-karyanya tidak lagi relevan dan berkualiti seperti filemnya sebelum ini iaitu Man Laksa, Rock dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Bagaimanapun, Mamat ketika dihubungi enggan memanjangkan isu itu kerana tidak mahu ia berpanjangan.

“Saya malas nak balas. Kalau saya balas, ia akan berpanjangan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ia dapat ditayangkan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dilaksanakan,” katanya.

Manap Karaoke yang dibintangi Joey Daud, Mona Allen, Ropie, Imuda, Sharwani NS dan ramai lagi itu mula ditayangkan di saluran Astro First sejak 7 Mei lalu.

Mamat berkata, dia juga masih menunggu pihak Astro First mengenai jumlah kutipan terkini filem itu.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Isqandar

“10 Tips Tipu Bini” Akan Ditayangkan Di Astro First Pada 7 Januari Ini

Isqandar

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee

“Geran” & “Wira” Berada Dalam Senarai Top 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020

Kakimuvee

Awie Malas Layan Youtuber ‘Pengkritik Filem’

Kakimuvee

Leave a Comment