Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Man Of Steel 2 Bakal Memperkenalkan Supergirl

Filem pertama DCEU, Man of Steel yang diterbitkan pada tahun 2013 merupakan filem solo Superman yang mendapat kutipan tiket paling memberangsangkan iaitu dengan mendapat $668 juta diseluruh dunia.

Memandangkan Warner Bros ingin memperkembangkan filem-filem Superheronya, dijangka filem kedua Superman bakal dihasilkan tidak lama lagi. Bagaimanapun, bila filem tersebut akan diterbitkan masih lagi tidak diketahui kerana pelakon utamanya, Henry Cavil sedang dalam persiapan untuk muncul dalam dua filem Justice League dan juga DCEU sedang mempersiapkan beberapa filem mereka seperti Aquaman, Black Adam dan The Batman.


Walaupun perancangan Man of Steel 2 masih samar-samar, sudah terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa watak Supergirl akan diperkenalkan dilayar perak.

Menurut laman web Screenrant, khabar angin tersebut tersebar selepas beberapa sumber mula menyebarkan berita tersebut dilaman 4chan.org

“The sequel to Man of Steel has been developing in secret. Geoff Johns and Zack Snyder finished writing a story for the film back in November. Multiple writers were approached to turn into a screenplay including the writers from Watchmen and the 300 movie series. Brainiac will be the villain and Supergirl will be introduced to the DCEU.”

Berita yang mula tersebar itu bagaimanapun belum disahkan oleh Warner Bros mahupun pihak DC.

Watak Supergirl sudahpun diperkenalkan dalam siri TV Supergirl yang dilakonkan oleh Melissa Benoist dan siri tersebut mendapat sambutan mengalakkan dari penonton. Jika benar watak superhero wanita itu diperkenalkan dilayar, pasti ia akan memberi impak besar kepada penonton selepas kejayaan filem superhero wanita DC, Wonder Women selepas ia ditayangkan.

 

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment