Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Man Raja Lawak Memperuntukkan Wang Kemenangan MLM Sebanyak RM50 Ribu Untuk Bantu Golongan Yang Susah

Teladan yang wajar dicontohi selebriti tempatan. Ketika segelintir selebriti mengeluh kerana kehilangan pendapatan akibat pandemik COVID-19, pelawak terkenal tanah air, Man Raja Lawak tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut laporan dari Astro Awani, Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim berhajat ingin membantu golongan yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia.

Atas dasar tanggungjawab sesama manusia, Man tanpa ragu-ragu memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.

“Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari  bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.

“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM (direct message) berikan detail (maklumat lengkap) kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet 50K (RM50,000) habis digunakan sepenuhnya,” ujar Man dilaman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Smoga di berkati

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Tawaran kemanusiaan yang dihulurkan oleh Man mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat yang memuji usaha murni yang dilakukannya.

Keperibadian menawan Man setidak-tidaknya memberikan makna yang cukup besar kepada sebilangan besar daripada rakyat Malaysia yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19.

Dalam hantaran seterusnya, Man turut memaklumkan, pengumuman tawaran bantuan kemanusiaan yang dibuatnya mendapat maklum balas luar biasa daripada masyarakat. Justeru, kata Man, dia akan meneliti dengan mendalam setiap permohonan yang diajukan kepadanya oleh mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Andainya tiada respon daripada saya, anggap sahaja bajet 50K telah habis digunakan (membantu mereka yang memerlukan),” kata Man lagi.

Sumber: Astro Awani

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment